Sabtu, 21 Julai 2012
Sejarah Solat Tarawih
Sejarah solat sunat Tarawih ini dimulai oleh Rasulullah s.a.w. di Masjid Nabawi. Menurut baginda Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat Tarawih ini di masjid, lalu para sahabat mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda mengerjakan lagi solat Tarawih di masjid, dan para sahabat semakin ramai datang dan mengikutnya.
Pada malam yang ketiganya lebih ramai lagi para sahabat telah sedia menunggu ketibaan Rasulullah s.a.w. di masjid. Tetapi baginda tidak hadir. (Baginda mengerjakan solat Tarawih itu di rumah). Esoknya Rasulullah s.a.w. bersabda kepada mereka: “Sesungguhnya aku melihat sambutan daripada kamu. Aku tidak hadir pada malam itu hanya kerana takut solat itu diwajibkan ke atas kamu.”
Jika solat Tarawih itu difardhukan, tentulah sangat memberati umat Islam.
Perhatikan hadis yang diriwayatkan oleh Jabir b. Abdullah yang ertinya:
"Rasulullah s.a.w. telah bersolat dengan kami di bulan Ramadhan lapan rakaat dan witir. Maka pada malam berikutnya kami telah berkumpul di masjid, dan kami mengharapkan baginda keluar tetapi baginda tidak turun di masjid sehinggalah waktu Subuh. Kemudian kami masuk menemuinya dan kami berhimpun di masjid dan mengharapkan Rasulullah s.a.w. bersolat dengan kami." Maka baginda bersabda: "Sesungguhnya aku takut ia (solat Tarawih) diwajibkan ke atas kamu."Sejarah solat tarawih itu dimulai dari zaman nabi Muhammad saw. Saat itu beliau melakukannya sendirian di masjid. Para sahabat melihat hal ini lantas ikut serta solat di belakang beliau. Satu hari, Dua hari jamaah bertambah banyak. Pun di hari yang ketiga.
Praktis Rasul melakukan shalat tarawih di masjid 3 hari.
Ketika zaman kekhalifahan Umar Bin Khatab, shalat tarawih ini lantas diumumkan untuk dilakukan secara bersama-sama. Hingga kini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan