Sabtu, 21 Julai 2012

Sejarah Solat Tarawih


Sejarah solat sunat Tarawih ini dimulai oleh Rasulullah s.a.w. di Masjid Nabawi. Menurut baginda Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat Tarawih ini di masjid, lalu para sahabat mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda mengerjakan lagi solat Tarawih di masjid, dan para sahabat semakin ramai datang dan mengikutnya.

Pada malam yang ketiganya lebih ramai lagi para sahabat telah sedia menunggu ketibaan Rasulullah s.a.w. di masjid. Tetapi baginda tidak hadir. (Baginda mengerjakan solat Tarawih itu di rumah). Esoknya Rasulullah s.a.w. bersabda kepada mereka: “Sesungguhnya aku melihat sambutan daripada kamu. Aku tidak hadir pada malam itu hanya kerana takut solat itu diwajibkan ke atas kamu.”

Jika solat Tarawih itu difardhukan, tentulah sangat memberati umat Islam.

Perhatikan hadis yang diriwayatkan oleh Jabir b. Abdullah yang ertinya:

"Rasulullah s.a.w. telah bersolat dengan kami di bulan Ramadhan lapan rakaat dan witir. Maka pada malam berikutnya kami telah berkumpul di masjid, dan kami mengharapkan baginda keluar tetapi baginda tidak turun di masjid sehinggalah waktu Subuh. Kemudian kami masuk menemuinya dan kami berhimpun di masjid dan mengharapkan Rasulullah s.a.w. bersolat dengan kami." Maka baginda bersabda: "Sesungguhnya aku takut ia (solat Tarawih) diwajibkan ke atas kamu."Sejarah solat tarawih itu dimulai dari zaman nabi Muhammad saw. Saat itu beliau melakukannya sendirian di masjid. Para sahabat melihat hal ini lantas ikut serta solat di belakang beliau.  Satu hari, Dua hari jamaah bertambah banyak. Pun di hari yang ketiga.

Praktis Rasul melakukan shalat tarawih di masjid 3 hari.
Ketika zaman kekhalifahan Umar Bin Khatab, shalat tarawih ini lantas diumumkan untuk dilakukan secara bersama-sama. Hingga kini.


Isnin, 9 Julai 2012

Takaful Kurangkan derita musibah

Perlindungan Takaful

·     
  • Konsep takaful adalah kaedah pnegurusan risiko yang boleh diterima pakai untuk mengurangkan penderitaan bakal ditanggung akibat musibah 
  •  Risiko dalam konsep takaful merujuk kepada kerugian yang ditanggung akibat kehilangan atau kemusnahan harta benda (takaful am); dan perkara berkait dengan tubuh badan manusia seperti nyawa, penyakit dan sebagainya (takaful keluarga) 
  •  Risiko berkaitan harta benda sekarang memang banyak - melindungi harta kita daripada kecurian, kebakaran, banjir, ribut, kemalangan, gempa bumi dan sebagainya 
  •  Kita perlu mengimbangi pengurusan risiko supaya merangkumi kedua-dua aspek iaitu nyawa dan harta benda
  •  Bagi mangsa banjir yang mengambil perlindungan takaful, mereka boleh mengemukakan permohonan untuk mendapat kan pampasan kepada syarikat pengendali takaful
  •  Tidak ramai bangsa Melayu menyertai skim takaful kerana salah faham dengan amalan riba 
  •  Konsep skim takaful berbeza dengan insurans 
  •  Menyertai takaful tidak bertentangan dengan ajaran agama.

MUSIBAH adalah ketentuan Allah, la ujian atau cubaan ke atas umat manusia bagi menguji tahap kesabaran mereka. Allah dengan firmannya di dalam surah al-Baqarah ayat 155-157 bermaksud: "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan dan kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar (155). Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali (156). Mereka itulah orang yang dilimpahi dengan kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk hidayah-Nya (157).


Ada kalanya musibah ini ujian berpunca daripada perbuatan manusia sendiri. Lantas Allah menurunkan bala supaya manusia kembali sedar akan kesilapan yang mereka lakukan dan kembali mengamalkan apa
yang dianjurkan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Hal ini dapat diperhatikan melalui firman Allah di dalam surah arRuum ayat ke-41 bermaksud:
"Sudah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat)perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).


Sebagai hamba, kita perlu menerima ketentuan Allah dan perlu pasrah kepada qada dan qadar. Bagaimanapun ini bukan bermaksud kita perlu berdiam diri tanpa perlu berikhtiar untuk mengelak daripada terjadi atau mengurangkan risiko bakal menimpa. Islam mengajar kita supaya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlaku ujian ini. Dengan kata lain, tanpa persediaan awal. kita mungkin berhadapan dengan risiko lebih berat lagi kesan daripada ujian tadi. Dengan itu, risiko ini perlu diurus dengan bijaksana supaya kesannya dapat dikurangkan dan tidak memberi kesan yang mendalam ke atas ketahanan fikiran dan jasmani manusia.


Dalam hal ini, konsep takaful adalah kaedah pengurusan risiko yang boleh diterima pakai untuk mengurangkan penderitaan bakal ditanggung akibat musibah yang mungkin melanda. Risiko dimaksudkan di dalam konsep takaful merujuk kepada kerugian yang ditanggung akibat kehilangan atau kemusnahan harta benda (takaful am); dan perkara berkait dengan tubuh badan manusia seperti nyawa, penyakit dan sebagainya (takaful keluarga).


Bagaimanapun, apabila kita membicarakan persoalan berkaitan perlindungan menerusi sistem takaful, kita lebih cenderung untuk memikirkan perlindungan ke atas diri dan nyawa. Kita lebih memikirkan untuk melindungi diri daripada penyakit kritikal, perlindungan persaraan atau pendidikan anak berbanding dengan keperluan untuk melindungi harta benda.


Risiko berkaitan harta benda sekarang memang banyak. Kita perlu melindungi harta kita daripada kecurian, kebakaran, banjir, ribut. kemalangan, gempa bumi dan sebagainya. Bukan bermaksud untuk mengatakan bahawa perlindungan takaful keluarga tidak penting, tetapi kita sebenarnya perlu mengimbangi pengurusan risiko supaya ia merangkumi kedua-dua aspek iaitu nyawa dan harta benda.


Dalam kes bencana banjir yang sering melanda negara pada setiap penghujung dan awal tahun, penduduk rata-rata mengalami kemusnahan tempat tinggal dan harta benda. Premis perniagaan serta kenderaan
juga tidak terkecuali.


Bagi yang mengambil perlindungan takaful, mungkin mereka boleh mengemukakan permohonan untuk mendapatkan pampasan kepada syarikat pengendali takaful mereka. Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai sebarang pelan perlindungan, ia satu yang mendukacitakan.


Produk takaful am seperti takaful kebakaran, takaful pemilik dan isi rumah, antara menawarkan  perlindungan ke atas harta benda kita jika terjadi sebarang bencana seperti kebakaran, kecurian mahupun
banjir.


Bagaimanapun produk dinyatakan itu hanya melindungi bangunan, rumah atau apartmen yang diperbuat daripada konkrit sepenuhnya. la satu kekangan kepada pemilik rumah kayu terutama yang tinggal di
desa untuk menyertai skim takaful di atas.


Rumah seperti yang kita tahu adalah satu keperluan. Rumah yang selesa berperanan dalam mewujudkan satu persekitaran kehidupan positif kepada warganya. la bertepatan dengan maksud hadis berikut:
Daripada Saad RA katanya, Rasulullah bersabda: "Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu isteri yang salih, rumah kediaman yang luas (lapang), jiran yang baik dan kenderaan yang selesa". (Riwayat
al-Baihaqi).


Sudah tiba masanya bagi pengendali takaful untuk memikirkan produk yang sesuai bagi pemilik rumah kayu melindungi harta benda mereka daripada bencana yang biasa melanda negara seperti banjir.


Bagaimanapun pada masa sama, masyarakat perlu meningkatkan kesedaran dengan mengambil tahu terbaik mengurus risiko. Perlindungan takaful satu cara terbaik yang boleh diguna pakai kerana selaras
dengan kehendak syariah.


Memang kita mengakui bahawa tidak semua jenis kerugian itu dapat diatasi secara seratus peratus. Sebagai contohnya, kesan emosi atau trauma yang dialami akibat kehilangan harta atau kematian orang
tersayang amat sukar untuk ditukar ganti dengan pampasan wang ringgit. Bagaimana melalui pampasan yang terdapat di dalam konsep takaful, ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesan kerugian serta
tekanan emosi yang terpaksa ditanggung oleh mereka yang ditimpa musibah ini.


Apa yang penting ialah perlu ada keseimbangan di antara pengurusan risiko ke atas nyawa, diri dan perlindungan risiko ke atas harta benda akan tetapi kesedaran untuk menyertai takaful terutama di kalangan masyarakat Melayu beragama Islam masih lagi rendah.


Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Mohd. Razif Abdul Kadir, berkata pada masa ini jumlah rakyat Malaysia yang memiliki insurans, hanya 44 peratus.


Jika ditinjau dari sudut penyertaan skim insurans konvensional, hanya lima hingga lapan peratus saja kaum Melayu mempunyai perlindungan insurans. Mungkin isu berkaitan dengan syariah sebab utama
orang Melayu kurang berminat untuk membeli insurans konvensional.


Apa yang peliknya, penyertaan mereka untuk mendapatkan perlindungan takaful juga rendah. Kesedaran kepentingan untuk bertakaful masih lagi belum menjadi satu keutamaan di kalangan orang Islam di Malaysia.


Mungkin kesedaran untuk mendapatkan perlindungan secara Islam ini perlu diasuh sejak kecil lagi apabila kempen perlu dimulakan di sekolah rendah atau menengah. Tidak pun ia dimasukkan ke dalam kursus perkahwinan bagi memberi kesedaran tentang pentingnya untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan bagi mereka yang ingin memasuki alam rumah tangga dan memulakan keluarga sendiri.


Penulis ialah Felo, Pusat Ekonomi dan
Kajian Sosial, IKIM

Isnin, 2 Julai 2012

Ramadhan Menjelang.


Petikan hadith-hadith mengenai puasa dari Sahih Bukhari dan Sahih Muslim

Kelebihan Ramadan
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: …Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu

Kelebihan berpuasa
Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun

Akhlaq sewaktu berpuasa
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni Allah tidak menerima puasanya)

Ahad, 1 Julai 2012

KISAH AIR MASIN DAN AIR TAWAR


SUNGAI DALAM LAUT



"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini
tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit;
dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al
Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV
`Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli
oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis.
Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai
dasar samudera di seantero dunia dan
membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton
di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba
ia menemui beberapa kumpulan mata air
tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur
dengan air laut yang masin di sekelilingnya,
seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari
penyebab terpisahnya air tawar dari
air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu
hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam.
Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung
mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang
fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian
ia pun menceritakan fenomena ganjil itu.
Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (
surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering
diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini
yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .
"Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang
tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan
surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan
tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai
lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai
dan air masin dari laut. Namun tafsir itu
tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi
"Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan"
ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai
tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi
kekagumannya melihat keajaiban pemandangan
yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun
oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh,
suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai
lokasi yang jauh terpencil di kedalaman
samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad
yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an
memang sesungguhnya kitab suci yang berisi
firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun
memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi
kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung.
Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati
manusia akan berkarat sebagaimana besi yang
dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk
menjadikan hati-hati ini bersih kembali?"
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita ,
Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda
menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika
anda menyelam sampai kedalaman lebih dari
60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai"
di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.



Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan
hidrogen sulfida, nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa
hebatnya ciptaan Allah SWT.