Sabtu, 21 Julai 2012
Sejarah Solat Tarawih
Sejarah solat sunat Tarawih ini dimulai oleh Rasulullah s.a.w. di Masjid Nabawi. Menurut baginda Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat Tarawih ini di masjid, lalu para sahabat mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda mengerjakan lagi solat Tarawih di masjid, dan para sahabat semakin ramai datang dan mengikutnya.
Pada malam yang ketiganya lebih ramai lagi para sahabat telah sedia menunggu ketibaan Rasulullah s.a.w. di masjid. Tetapi baginda tidak hadir. (Baginda mengerjakan solat Tarawih itu di rumah). Esoknya Rasulullah s.a.w. bersabda kepada mereka: “Sesungguhnya aku melihat sambutan daripada kamu. Aku tidak hadir pada malam itu hanya kerana takut solat itu diwajibkan ke atas kamu.”
Jika solat Tarawih itu difardhukan, tentulah sangat memberati umat Islam.
Perhatikan hadis yang diriwayatkan oleh Jabir b. Abdullah yang ertinya:
"Rasulullah s.a.w. telah bersolat dengan kami di bulan Ramadhan lapan rakaat dan witir. Maka pada malam berikutnya kami telah berkumpul di masjid, dan kami mengharapkan baginda keluar tetapi baginda tidak turun di masjid sehinggalah waktu Subuh. Kemudian kami masuk menemuinya dan kami berhimpun di masjid dan mengharapkan Rasulullah s.a.w. bersolat dengan kami." Maka baginda bersabda: "Sesungguhnya aku takut ia (solat Tarawih) diwajibkan ke atas kamu."Sejarah solat tarawih itu dimulai dari zaman nabi Muhammad saw. Saat itu beliau melakukannya sendirian di masjid. Para sahabat melihat hal ini lantas ikut serta solat di belakang beliau. Satu hari, Dua hari jamaah bertambah banyak. Pun di hari yang ketiga.
Praktis Rasul melakukan shalat tarawih di masjid 3 hari.
Ketika zaman kekhalifahan Umar Bin Khatab, shalat tarawih ini lantas diumumkan untuk dilakukan secara bersama-sama. Hingga kini.
Isnin, 9 Julai 2012
Takaful Kurangkan derita musibah
Perlindungan Takaful
·
- Konsep takaful adalah kaedah pnegurusan risiko yang boleh diterima pakai untuk mengurangkan penderitaan bakal ditanggung akibat musibah
- Risiko dalam konsep takaful merujuk kepada kerugian yang ditanggung akibat kehilangan atau kemusnahan harta benda (takaful am); dan perkara berkait dengan tubuh badan manusia seperti nyawa, penyakit dan sebagainya (takaful keluarga)
- Risiko berkaitan harta benda sekarang memang banyak - melindungi harta kita daripada kecurian, kebakaran, banjir, ribut, kemalangan, gempa bumi dan sebagainya
- Kita perlu mengimbangi pengurusan risiko supaya merangkumi kedua-dua aspek iaitu nyawa dan harta benda
- Bagi mangsa banjir yang mengambil perlindungan takaful, mereka boleh mengemukakan permohonan untuk mendapat kan pampasan kepada syarikat pengendali takaful
- Tidak ramai bangsa Melayu menyertai skim takaful kerana salah faham dengan amalan riba
- Konsep skim takaful berbeza dengan insurans
- Menyertai takaful tidak bertentangan dengan ajaran agama.
MUSIBAH adalah ketentuan Allah,
la ujian atau cubaan ke atas umat manusia bagi menguji tahap kesabaran mereka.
Allah dengan firmannya di dalam surah al-Baqarah ayat 155-157 bermaksud: "Demi
sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan dan
kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah
khabar gembira kepada orang yang sabar (155). Orang yang apabila mereka ditimpa
oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan
kepada-Nyalah kami kembali (156). Mereka itulah orang yang dilimpahi
dengan kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang
yang mendapat petunjuk hidayah-Nya (157).
Ada kalanya musibah ini ujian
berpunca daripada perbuatan manusia sendiri. Lantas Allah menurunkan bala
supaya manusia kembali sedar akan kesilapan yang mereka lakukan dan kembali
mengamalkan apa
yang dianjurkan oleh al-Quran
dan as-Sunnah. Hal ini dapat diperhatikan melalui firman Allah di dalam surah
arRuum ayat ke-41 bermaksud:
"Sudah nampak kerosakan di
darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan
kepada mereka sebahagian daripada (akibat)perbuatan mereka, agar mereka kembali
(ke jalan yang benar).
Sebagai hamba, kita perlu
menerima ketentuan Allah dan perlu pasrah kepada qada dan qadar. Bagaimanapun
ini bukan bermaksud kita perlu berdiam diri tanpa perlu berikhtiar untuk
mengelak daripada terjadi atau mengurangkan risiko bakal menimpa. Islam
mengajar kita supaya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang
kemungkinan berlaku ujian ini. Dengan kata lain, tanpa persediaan awal. kita
mungkin berhadapan dengan risiko lebih berat lagi kesan daripada ujian tadi. Dengan
itu, risiko ini perlu diurus dengan bijaksana supaya kesannya dapat dikurangkan
dan tidak memberi kesan yang mendalam ke atas ketahanan fikiran dan jasmani manusia.
Dalam hal ini, konsep takaful
adalah kaedah pengurusan risiko yang boleh diterima pakai untuk mengurangkan
penderitaan bakal ditanggung akibat musibah yang mungkin melanda. Risiko
dimaksudkan di dalam konsep takaful merujuk kepada kerugian yang ditanggung akibat
kehilangan atau kemusnahan harta benda (takaful am); dan perkara berkait dengan
tubuh badan manusia seperti nyawa, penyakit dan sebagainya (takaful keluarga).
Bagaimanapun, apabila kita
membicarakan persoalan berkaitan perlindungan menerusi sistem takaful, kita
lebih cenderung untuk memikirkan perlindungan ke atas diri dan nyawa. Kita
lebih memikirkan untuk melindungi diri daripada penyakit kritikal, perlindungan
persaraan atau pendidikan anak berbanding dengan keperluan untuk melindungi
harta benda.
Risiko berkaitan harta benda
sekarang memang banyak. Kita perlu melindungi harta kita daripada kecurian,
kebakaran, banjir, ribut. kemalangan, gempa bumi dan sebagainya. Bukan
bermaksud untuk mengatakan bahawa perlindungan takaful keluarga tidak penting,
tetapi kita sebenarnya perlu mengimbangi pengurusan risiko supaya ia merangkumi
kedua-dua aspek iaitu nyawa dan harta benda.
Dalam kes bencana banjir yang
sering melanda negara pada setiap penghujung dan awal tahun, penduduk rata-rata
mengalami kemusnahan tempat tinggal dan harta benda. Premis perniagaan serta
kenderaan
juga tidak terkecuali.
Bagi yang mengambil perlindungan
takaful, mungkin mereka boleh mengemukakan permohonan untuk mendapatkan pampasan
kepada syarikat pengendali takaful mereka. Manakala, bagi mereka yang tidak
mempunyai sebarang pelan perlindungan, ia satu yang mendukacitakan.
Produk takaful am seperti
takaful kebakaran, takaful pemilik dan isi rumah, antara menawarkan perlindungan ke atas harta benda kita jika
terjadi sebarang bencana seperti kebakaran, kecurian mahupun
banjir.
Bagaimanapun produk dinyatakan
itu hanya melindungi bangunan, rumah atau apartmen yang diperbuat daripada
konkrit sepenuhnya. la satu kekangan kepada pemilik rumah kayu terutama yang
tinggal di
desa untuk menyertai skim
takaful di atas.
Rumah seperti yang kita tahu
adalah satu keperluan. Rumah yang selesa berperanan dalam mewujudkan satu
persekitaran kehidupan positif kepada warganya. la bertepatan dengan maksud
hadis berikut:
Daripada Saad RA katanya,
Rasulullah bersabda: "Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu isteri
yang salih, rumah kediaman yang luas (lapang), jiran yang baik dan kenderaan
yang selesa". (Riwayat
al-Baihaqi).
Sudah tiba masanya bagi
pengendali takaful untuk memikirkan produk yang sesuai bagi pemilik rumah kayu
melindungi harta benda mereka daripada bencana yang biasa melanda negara
seperti banjir.
Bagaimanapun pada masa sama,
masyarakat perlu meningkatkan kesedaran dengan mengambil tahu terbaik mengurus risiko.
Perlindungan takaful satu cara terbaik yang boleh diguna pakai kerana selaras
dengan kehendak syariah.
Memang kita mengakui bahawa
tidak semua jenis kerugian itu dapat diatasi secara seratus peratus. Sebagai
contohnya, kesan emosi atau trauma yang dialami akibat kehilangan harta atau
kematian orang
tersayang amat sukar untuk
ditukar ganti dengan pampasan wang ringgit. Bagaimana melalui pampasan yang
terdapat di dalam konsep takaful, ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan
kesan kerugian serta
tekanan emosi yang terpaksa
ditanggung oleh mereka yang ditimpa musibah ini.
Apa yang penting ialah perlu ada
keseimbangan di antara pengurusan risiko ke atas nyawa, diri dan perlindungan
risiko ke atas harta benda akan tetapi kesedaran untuk menyertai takaful
terutama di kalangan masyarakat Melayu beragama Islam masih lagi rendah.
Timbalan Gabenor Bank Negara
Malaysia, Datuk Mohd. Razif Abdul Kadir, berkata pada masa ini jumlah rakyat
Malaysia yang memiliki insurans, hanya 44 peratus.
Jika ditinjau dari sudut
penyertaan skim insurans konvensional, hanya lima hingga lapan peratus saja
kaum Melayu mempunyai perlindungan insurans. Mungkin isu berkaitan dengan
syariah sebab utama
orang Melayu kurang berminat
untuk membeli insurans konvensional.
Apa yang peliknya, penyertaan
mereka untuk mendapatkan perlindungan takaful juga rendah. Kesedaran
kepentingan untuk bertakaful masih lagi belum menjadi satu keutamaan di
kalangan orang Islam di Malaysia.
Mungkin kesedaran untuk
mendapatkan perlindungan secara Islam ini perlu diasuh sejak kecil lagi apabila
kempen perlu dimulakan di sekolah rendah atau menengah. Tidak pun ia dimasukkan
ke dalam kursus perkahwinan bagi memberi kesedaran tentang pentingnya untuk
bersedia menghadapi sebarang kemungkinan bagi mereka yang ingin memasuki alam
rumah tangga dan memulakan keluarga sendiri.
Penulis ialah Felo, Pusat Ekonomi dan
Kajian Sosial, IKIM
Isnin, 2 Julai 2012
Ramadhan Menjelang.
Petikan hadith-hadith mengenai puasa dari Sahih Bukhari dan Sahih Muslim
Kelebihan Ramadan
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: …Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu
Kelebihan berpuasa
Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun
Akhlaq sewaktu berpuasa
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni Allah tidak menerima puasanya)
Ahad, 1 Julai 2012
KISAH AIR MASIN DAN AIR TAWAR
SUNGAI DALAM LAUT
"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini
tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit;
dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al
Furqan:53)
Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV
`Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli
oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis.
Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai
dasar samudera di seantero dunia dan
membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton
di seluruh dunia.
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba
ia menemui beberapa kumpulan mata air
tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur
dengan air laut yang masin di sekelilingnya,
seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.
Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari
penyebab terpisahnya air tawar dari
air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu
hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam.
Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung
mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang
fenomena ganjil tersebut.
Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian
ia pun menceritakan fenomena ganjil itu.
Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (
surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering
diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini
yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .
"Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang
tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan
surat Al Furqan ayat 53 di atas.
Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan
tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai
lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai
dan air masin dari laut. Namun tafsir itu
tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi
"Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan"
ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai
tidak
ditemukan mutiara.
Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi
kekagumannya melihat keajaiban pemandangan
yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun
oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh,
suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai
lokasi yang jauh terpencil di kedalaman
samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad
yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an
memang sesungguhnya kitab suci yang berisi
firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun
memeluk Islam.
Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi
kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung.
Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati
manusia akan berkarat sebagaimana besi yang
dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk
menjadikan hati-hati ini bersih kembali?"
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."
Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita ,
Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda
menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika
anda menyelam sampai kedalaman lebih dari
60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai"
di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan
hidrogen sulfida, nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa
hebatnya ciptaan Allah SWT.
Ahad, 17 Jun 2012
Kongsi #1
"Laporan Sulit Membongkar 7 Rahsia Buat Duit Dari Rumah"
Saya suka untuk berkongsi cara seorang Jurutera Gunakan Untuk Transformasikan Diri Daripada Hidup-Makan-Gaji Kepada Seorang Jutawan Automatik Dalam Masa Hanya 15 Bulan Sambil Tengok DVD DiRumah!"
Sila klik link dibawah dan selepas itu anda hanya perlu masukkan nama dan email utama anda dan laporan hebat ini dihantar serta merta ke email anda. Percuma >----
Klik Sekarang http://www.ecommercemastery.com/provider8/idevaffiliate.php?id=12604
Klik Sekarang http://www.ecommercemastery.com/provider8/idevaffiliate.php?id=12604
Anda pernah buat kesilapan ini?
Anda membeli kereta baru, rumah baru atau TV plasma
baru dan menggunakan duit gaji anda untuk membayarnya?
Jika YA, anda telah membuat kesilapan besar...
Tetapi jangan risau, kerana hampir 95% orang lain juga
membuat perkara yang sama... termasuk saya! :-)
Saya ingin katakan apa yang biasa anda lakukan bukanlah
taktik para jutawan. Jutawan menggunakan satu taktik yang
cukup licik untuk membeli apa sahaja yang mereka mahukan
...secara PERCUMA. Huh?
Saya telah menggunakan teknik rahsia ini setelah saya membaca
buku bestseller, Robert Koyasaki "Rich Dad Poor Dad".
Dalam buku tersebut Robert menceritakan satu hari seorang broker
kereta menelefon dan berkata yang kereta idaman beliau,
Porsche edisi terbaru baru sahaja tiba dan mengajak beliau melihatnya.
Robert yang memang mengidamkan kereta Porsche terpegun
melihatnya dan tanpa berfikir dua kali terus membeli kereta Porsche
ini secara hutang. Beliau terus memberi deposit dan membuat pinjaman
selama 5 tahun. Ya, beliau sudah pun menjadi jutawan tetapi
tetap mahu berhutang! Macam mana tu... ok, biar saya terangkan.
Beliau terus memberi deposit dan membuat pinjaman selama
5 tahun. Kemudian apa yang beliau lakukan ialah mencari
satu projek hartanah dan menyewakannya. Duit sewa dari
projek hartanah tersebut digunakan untuk membayar sewa
bulanan kereta Porsche. Secara logiknya, bukankah beliau
membeli kereta ini secara percuma?
Konsep jutawan yang ingin saya jelaskan disini ialah jika anda
mahu membeli sesuatu yang mahal harganya, anda perlu memikirkan
satu cara untuk membayar ansuran bulanan tanpa perlu mengeluarkan
duit kocek anda sendiri.
Ingat duit yang masuk kekocek anda ialah aset, dan duit yang keluar
dari kocek anda ialah hutang! Jika anda pelik mengapa anda masih
lagi tidak hidup senang, inilah punca sebenarnya. Bukannya gaji anda
kecik, anda sudah 10 tahun tak promote, boss anda kedekut, isteri anda
habiskan duit anda atau apa juga alasannya.
Sebenarnya punca mengapa sesorang tidak hidup senang ialah mereka
menggunakan duit gaji setiap bulan untuk membayar kereta, minyak kereta,
rumah, bil astro, susu anak.. semuanya. Sebab itulah setiap hujung bulan
akaun bank anda semakin berkurangan. :-(
Jadi apa yang perlu anda lakukan?
Cari punca pendapatan baru! Jangan hanya bergantung kepada satu
punca pendapatan sahaja. Jika satu punca pendapatan bermasalah,
anda mempunyai cabang duit lain yang boleh membantu.
Banyak punca pendapatan yang boleh anda fikirkan. Antaranya ialah
internet, gayapos, mlm (meniaga larut malam?), ejen insuran, pasar malam
dan banyak lagi yang boleh anda fikirkan. Cari sesuatu yang sesuai dengan
jiwa anda dan impian hidup anda.
Konsep kekayaan ini nampak mudah tetapi impaknya akan
membuatkan anda melarat seumur hidup atau anda bakal bergelar seorang
jutawan satu hari nanti. Buka minda anda dan cuba fahamkan.
Dapatkan Laporan Rahsia secara percuma:
http://www.ecommercemastery.
Khamis, 14 Jun 2012
Langkah 1 #
Bulan ni
budjet seisi rumah agak tersasar. Walaupun bulan-bulan yang lepas pun begitu,
tapi taklah seteruk bulan ni. Cuti sekolah, anak-anak semuanya dah pandai “demand” nak ke situ ke sini, nak itu nak
ini. Suami aku, aku tengok makin botak kepala dia. Pasal dialah aku wujudkan
blog ini.
Suatu hari tu
dia tanya pada aku. Tak ingin ker buat duit kat rumah. Duduk-duduk dapat duit.
klik-klik dapat duit, chat-chat dapat duit dan bla..bla..bla..
Oooo maksud
buat dui tu rupanya menjana, bukannya mencetak macam cetak rompak tu. Fahamlah
aku. Tapi free ker? Dia cakap, mana ada free benda dalam dunia nie. Yang free
kalau ada betul-betul keikhlasan yang wujud dari diri (hati) seseorang untuk
memberi tanpa niat lain, hanya menuntut keredhaan Tuhan semata-mata.
Tak pa lah sayang
katanya. Modal nanti abang dahulukan. Esok dah kaya raya jangan lupa bayar
balik yer, dia melawak. Beberapa hari sudah, transferlah duit ke satu akaun
untuk mendapatkan produk sebagai barang untuk diniagakan.
Produknya
boleh dirujuk ke ;
Boleh percaya
ker? Benda ni sahih kata suami aku. Kalau tak masakan boleh bertahan sampai ke
hari ini Suami aku pun uruskanlah segala urusa pendaftaran. Maka aku pun
disahkan sebagai sebagai ahli setelah beberapa proses pengesahan (security verification) dibuat. Untuk
mendapatkan maklumat tentang formula ini cuma klik pada link dan isikan maklumat
nama dan email untuk Laporan Sulit Membongkar 7 Rahsia Buat Duit Dari Rumah
Yang Saya Gunakan Untuk Transformasikan Diri.
Kalau nak
lebih kenalah berusaha lebih. Ini bukannya skim cepat kaya yang sekali melabur,
goyang kaki pastu dapat duit. Kalau nak berusaha lebih kenalah belajar lebih.
Benda yang suami aku selalu pesan pasal ketentuan Tuhan yang tak dapat kita
ketahui;
1)
Ajal
Maut
2)
Jodoh
3)
Rezeki
4)
Qadak
qadar
5)
Tanah
kubur
Kesemua itu semua ditangan Tuhan. Kalau nak
dapat jodoh pun kena usaha, inikan pula rezeki.
Berusaha…doa…tawakkal….usaha….doa….tawakkal….usaha….doa….tawakkal….usaha….doa….tawakkal.
Jangan putus asa.
Sekian.
Langgan:
Catatan (Atom)